Sebagai salah sebuah farmasi terkemuka disamping merupakan rangkaian perniagaan yang membekalkan variasi produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia, Guardian memperkenalkan sebuah platform yang lebih teguh untuk para pengguna mengundi produk kegemaran mereka.
Tahun ini, Guardian People’s Choice Award 2016 menjalankan proses undian melalui atas talian, ia lebih memudahkan para pengguna untuk mengkaji seribu satu produk yang diedarkan oleh Guardian secara efisyen dan teratur. Untuk menyertai program undian ini, pengguna harus sekurang-kurangnya membuat pembelian berjumlah RM10 dalam resit tunggal.
Tidak kiralah sama ada anda membeli secara atas talian mahupun di mana-mana cawangan Guardian berdekatan, anda layak untuk menyertai Guardian People’s Choice Award dengan melayari www.guardianpca.com.my. Setiap resit tunggal hanya layak membuat satu undian sahaja.
Untuk pengetahuan anda lagi, sistem undian ini terbahagi kepada dua kategori iaitu berdasarkan jantina, lelaki dan perempuan. Untuk peluang memenangi hadiah menarik, pengundi harus menyelesaikan sekurang-kurangnya satu kategori dan digalakkan untuk menjawab kedua-dua set soalan bagi mendapatkan barisan hadiah istimewa yang menanti!
Peraduan ini berlangsung dari 28 April hingga 25 May 2016. Kesemua undian hanya boleh dilakukan secara atas talian dan bagi mereka yang mempunyai skor tertinggi yang hampir sama dengan angka yang telah ditetapkan, anda mungkin terpilih sebagai pemenang utama mingguan yang bakal membawa pulang baucar Guardian berjumlah RM1,000 yang akan ditawarkan selama selama 12 bulan berturut-turut serta pelbagai produk berjenama yang dicalonkan bernilai sehingga RM16,500.
Peserta diingatkan supaya menyimpan resit pembelian sebagai bukti rujukan bagi menebus hadiah jika terpilih sebagai pemenang.
Sebanyak 58 kategori yang mengambil bahagian termasuklah hampir 250 produk yang dipertandingkan untuk Guardian People’s Choice Award 2016 ini merangkumi kosmetik, produk penjagaan wajah, kebersihan mulut, kecantikan, kesihatan, rambut, ubat-ubatan dan banyak lagi.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.guardian.com.my
Facebook: www.facebook.com/GuardianMalaysia