[ Gosip Tempatan ] Isteri ADUN Paka mohon cerai, dakwa suami kahwini kakak ratu rock Ella

Posted on Feb 6 2013 - 4:00pm by Admin 5
Artikel mengenai perkahwinan Adun Paka dengan Saidatul Nisa ( kakak ratu rock Ella ) yang mencetus kesedihan isteri kedua

Artikel mengenai perkahwinan Adun Paka dengan Saidatul Nisa ( kakak ratu rock Ella ) di majalah hiburan yang mencetus kesedihan isteri kedua

Isteri kedua seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka memfailkan cerai ke atas suaminya semalam selepas kisah lelaki itu berkahwin dengan isteri ketiga iaitu kakak kepada ratu rock tanah air terbongkar dan disiarkan di sebuah majalah hiburan pada akhir tahun lalu.

“Saya mohon perceraian kerana suami tidak tahu menjaga maruah saya dan perasaan anak-anak,” kata Mastura Othman, 47, isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Zakaria @ Ariffin Abdullah, 60.

Adun Paka : Zakaria @ Ariffin Abdullah, 60

Adun Paka : Zakaria @ Ariffin Abdullah, 60

Mastura Othman, 47, isteri kedua kepada ADUN Paka : Zakaria @ Ariffin Abdullah yang memohon penceraian

Mastura Othman, 47, isteri kedua kepada ADUN Paka : Zakaria @ Ariffin Abdullah yang memohon penceraian

 

Menurutnya, dia begitu sedih apabila perkahwinan dibina sejak 24 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak berusia antara 10 hingga 21 tahun kini bergolak selepas suami berkahwin baru. Katanya, sebagai wanita hatinya terguris apabila mengetahui suami berkahwin kali ketiga, namun perlu reda dengan keputusan itu.

“Hati wanita mana tidak terguris, namun saya tabah menghadapi ujian ini dan akhirnya memutuskan merelakan perkahwinan itu,” katanya selepas memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Mastura yang mengakui isteri kedua ADUN berkenaan berkata, dia dan anaknya sedih serta malu selepas terbaca majalah hiburan pada 19 Disember tahun lalu memaparkan gambar suami serta pengakuan perkahwinan daripada Saidatulnisa Aminuddin yang  juga kakak ratu rock tempatan Ella.

 Saidatulnisa Aminuddin , kakak kepada ratu rock Malaysia, Ella

Saidatulnisa Aminuddin , kakak kepada ratu rock Malaysia, Ella

Mastura yang berbaju kurung jingga dan bertudung merah kelihatan tenang ketika hadir seorang diri ke mahkamah manakala Zakaria tidak hadir sebelum Hakim Syarie Shamsuddin Ngah menetapkan 27 Februari ini untuk sebutan semulakes berkenaan.

Dia mengakui pernah dua kali bercerai di luar mahkamah pada 27 April 2012 dan 18 Ogos 2012 sebelum rujuk dan menafikan kedua-dua perceraian itu disebabkan wanita terbabit.

“Kali ini saya begitu sedih dan malu dengan paparan itu sebelum mengambil keputusan membuat permohonan cerai di mahkamah,” katanya. Katanya, dia sedih dengan sikap suami sedangkan beliau sepatutnya terus memberi tumpuan terhadap tugasnya sebagai ADUN kepada masyarakat, bukannya mencari publisiti murahan. Sepatutnya suami tidak berbuat demikian kerana boleh menjejaskan reputasinya sebagai wakil rakyat, tetapi apa boleh saya katakan kerana itu jodohnya,” katanya.

Ditanya sama ada dia mengesahkan suaminya berkahwin dengan kakak artis berkenaan, Mastura berkata, wanita pilihan suaminya sendiri membuat pengakuan berkahwin seperti terpapar dalam majalah hiburan itu.

About the Author

Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue

Leave A Response