Siapa di sini pernah menghadapi masalah dalam mencipta kata laluan tatkala membuka mahupun mendaftar akaun baru secara atas talian?
Secara umumnya, sebagai langkah berjaga-jaga, ramai di antara kita yang akan menukar kata laluan setiap kali hendak mendaftar akaun baru. Walhal, apabila kita memiliki terlalu banyak akaun alam maya, kita lebih terdorong untuk terlupa akan sesetengah kata laluan. Dalam masa yang sama, kita sebenarnya keliru dengan kata laluan ciptaan kita sendiri.
Menurut sebuah kajian rambang yang dilakukan, ini dia 5 kesalahan kata laluan yang lazimnya dilakukan oleh ramai orang.
#1 Terlalu Pendek
Sedekad yang lalu, karakter yang merangkumi 5 – 6 huruf adalah lebih dari apa yang komputer peribadi boleh hadam. Tettapi, melihatkan teknologi masa kini yang lebih canggih, daya pemprosesan komputer sudah dinaik-taraf dan ianya bisa menerima lebih daripada 6 huruf sebagai kata laluan.
Yup! Apabila anda membuat kata laluan kurang dari 10 – 12 huruf atau karakter, komputer anda akan anggap ia sebagai kata laluan yang ‘tidak selamat’. Dan biasanya, kata laluan yang diminta adalah berdasarkan gabungan nombor dan huruf, malah bagi akaun-akaun penting seperti akaun bank, kata laluan yang terdiri daripada 14 – 16 adalah diperlukan.
#2 Terlalu Ringkas
Meskipun kata laluan anda mempunyai 12 karakter, tetapi jika ianya sekadar kata laluan yang berbentuk ‘abc123456789’, pasti mudah bagi mana-mana penggodam untuk lakukan jenayah terhadap akaun anda.
Kadang-kala, nombor telefon, nombor kad pengenalan, tarikh ulang tahun, mahupun frasa kata “maytheforcebewithyou” yang dijadikan kata laluan adalah sesuatu yang mengundang padah. Penggodam adalah orang yang paling bijak kerana mereka punyai lebih daripda beribu-ribu perkataan yang tersenarai dalam kamus kata laluan yang selalu digunakan orang, AWAS!
Untuk menguatkan keselamatan kata laluan anda, anda boleh gabungkan huruf kecil dan besar bersama. Tetapi janganlah anda cipta kata laluan yang berbentuk frasa mudah yang selalu didengar seperti “Mayth3F0rc3Bw!thU!”, itu tidak masuk akal. Ia masih mudah untuk penggodam meneka. Jadi, cuba cipta kata laluan yang bersahaja secara rawak, dalam masa yang sama mudah diingati. Mungkin boleh gunakan simbol juga seperti “Tl|_|,BwwB2R”.
#3 Gunakan Kata Laluan Sama
Semakin banyak akaun anda, semakin besar kemungkinan untuk anda menggunakan kata laluan yang sama untuk setiap satu akaun anda kerana niat dihati, anda mahu memudahkan diri anda supaya sentiasa mengingati kata laluan berkenaan.
Malangnya, jika tersilap langkah dan penggodam bisa mengetahui kata laluan anda itu, habislah semua akaun anda yang ada bisa digodamnya. BAHAYA!
Cuba cipta kata laluan ringkas yang berlainan untuk setiap satu akaun. Ternyata, ia memang sedikit sukar untuk mengingati terlalu banyak kata laluan dalam satu masa dan itu akan beralih kepada kesalahan nombor 4!
#4 Anda Menulis Kata Laluan Anda
Sudah elok dan cukup kuat lata laluan yang anda cipta itu, namun anda tersilap kerana menulis ia pada kertas nota dan lekatkan ia berhampiran meja bekerja anda, atau mungkin anda salinkan ia di dalam buku nota yang anda sengaja letakkan merata. PADAH!
Anda secara tidak sedar sebenarnya telah memudahkan kerja penggodam atau menghalalkan niat orang yang tidak baik terhadap anda.
Daripada anda menyalin semua kata laluan anda di dalam buku nota, cuba dapatkan pengurus kata laluan. Itu lebih bernas dan berkesan. Sistem aplikasi yang ditawarkan adalah di mana anda boleh menyimpan dan mengumpulkan kesemua kata laluan milik anda di dalam satu ruangan simpan yang boleh diakses menggunakan kata laluan tunggal ciptaan anda. Apa yang anda perlu ingat adalah kata laluan bagi ruangan simpanan khas yang menempatkan beberapa kata laluan milik anda yang lain di dalam itu.
Salah satu pengurus kata laluan yang biasa dimanfaatkan umum adalah Kaspersky Password Manager.
#5 Tidak Pernah Menukar Kata Laluan
Mungkin anda pernah melihat cadangan yang diberi oleh sistem akaun untuk anda menukar kata laluan setiap 3 ke 6 bulan atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, menurut sebuah kajian yang dilakukan, anda sebenarnya tidak perlu menukar kata laluan secara kerap.
Ianya menyusahkan sehingga mendorong individu mencipta sesuatu yang lebih mudah untuk diingati supaya tidak keliru. Anda salah, sebenarnya, anda hanya perlu tukar kata laluan ketika anda rasa anda terlibat dalam masalah pelanggaran data.
Kadang kala, akaun alam maya yang telah lama tidak anda usik itu mungkin mempunyai masalah pelanggaran data. Untuk memastikan bahawa ianya kekal selamat, anda bolehlah menukar kata laluan ke atas akuan yang telah anda abaikan selama bertahun-tahun.
Tip Bonus!
*** Selalunya, pada peringkat awal anda mencipta kata laluan, anda dimestikan untuk memilih soalan rambang serta menjelaskan jawapan spesifik sebagai cadangan jikalau anda terlupa akan kata laluan anda kelak.
Soalan pilihan anda itu akan digunakan sebagai opsyen yang ditawarkan kepada anda, manakala anda harus menjawab menggunakan jawapan spesifik yang telah anda rangkumkan dahulu. Nah, masalahnya disini, kebanyakkan soalan keselamatan itu boleh dijejak oleh penggodam mahupun kenalan/saudara-mara anda. Contohnya seperti nama ibu, bandar kelahiran anda atau mungkin nama kucing anda? Mereka boleh meneka. Jadi, gunakan jawapan yang agak sukar untuk diteka dengan mudah okay?
Bukan itu sahaja, ketahuilah di mana ada sesetengah akaun yang menawarkan anda dengan perlindungan optimum yang mungkin anda tidak tahu dan tidak pernah gunakan sebelum ini. Ia digelar “two-factor authentication”. Jika ianya diaktifkan, penggodam yang mengetahui kata laluan anda seklipun tidak dapat mengakses akaun anda. Hebat bukan? Cuba kaji dan selidik, mana tahu akaun anda itu menawarkan “two-factor aunthentication”.
JOM MENANG!
Jika anda rasa anda memerlukan perlindungan atas talian yang lebih mantap, Kaspersky Lab ada menawarkan beberapa siri hadiah menarik yang boleh anda menangi termasuk Kaspersky Internet Security 2016 yang bernilai RM150 setiap satu!
Peraduan ini sah dari 1 Mei hingga 13 Mei 2016, apa yang anda perlu lakukan adalah menjawab dua soalan mudah serta mencipta slogan yang paling menarik.
Tiga (3) orang pemenang utama yang turut bakal membawa pulang Beg Sandang Eksklusif serta Pembesar Suara edisi Kaspersky akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat serta slogan yang paling kreatif! Tujuh (7) orang pemenang saguhati pula bakal membawa pulang Pembesar Suara serta Kaspersky Internet Security 2016 yang bernilai RM230 setiap satu.
SOALAN:-
- Apakah salah satu sistem pengurusan kata laluan yang biasa dimanfaatkan umum sebagai ruangan simpanan khas untuk memelihara senarai kata laluan mereka?
- Berdasarkan artikel di atas, perlukah anda menukar kata laluan secara kerap? Ya atau Tidak?
Nota: Cipta slogan yang menggunakan farsa “Kaspersky Internet Security 2016 Terbaik!” dan slogan anda hendaklah kurang dari 12 patah perkataan.
Syarat Penyertaan:-
- Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom *klik pada pautan merah
- Kongsikan artikel ini di akaun Facebook anda.
- Jawapan boleh dihantar ke alamat e-mel submit@wanista.com dengan tajuk ‘Saya Nak Kaspersky’
- Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah, E-mail, dan Nombor Telefon Bimbit.
- Peraduan ini hanya sah dari 1 – 13 MEI 2016.
- Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan. Kami akan memilih pemenang yang memberi jawapan paling tepat berdasarkan artikel ini serta slogan yang paling kreatif!
- Keputusan hakim adalah muktamad.