Penggayaan tudung memainkan peranan yang cukup besar semasa meraikan hari bahagia. Ia mampu menonjolkan seri wajah selain memberi imej suci dan menawan seorang gadis. Kebiasaannya, ramai wanita memilih busana putih untuk dikenakan pada majlis pernikahan mahupun persandingan, sekaligus tudung juga harus sepadan dengan busana.
Untuk edisi perkahwinan kali ini, Wanista ingin tunjukkan 4 idea gaya tudung berwarna putih yang boleh anda gayakan di hari bahagia nanti. Jom tengok:
1) Gaya manis ini dilengkapi dengan inner menyerlah, yang agak kontra dengan warna dan corak tudung putih. Ditambah dengan aksesori seperti brooch bunga menimbulkan lagi seri empunya badan.
2) Idea penggayaan tudung seperti ini biasa digayakan oleh ramai wanita kerana keselesaan. Tudung biasa dipakai pada bahagian dalam, dipadankan dengan selendang panjang di bahagian luar sebagai pelengkap keayuan.
3) Padanan rona ‘off white’ dari seleksi tudung dan busana sangat sesuai dipadankan. Hanya menggunakan lilitan daripada fabrik sifon bersama layah bagi mencipta sedikit kelainan.
4) Tudung putih krim yang dihiasi dengan kerawang bungaan pada bahagian depan menonjolkan gaya elegan si pemakai. Ringkas, namun tetap menyerlahkan gaya.
Sumber: Pesona Pengantin Karangkraf