Ini dia resepi hidangan alternatif untuk anda yang gemarkan makanan segera tetapi dalam masa yang sama mahu kekal sihat.
Seperti yang kita tahu, kentang goreng selalunya akan digoreng dengan minyak yang sangat banyak. Sudah tentu minyak mengandngi kandungan kolestrol yang tinggi. Sudah pun begitu, jika anda membeli atau makan di kedai makanan segera seperti kebanyakkan restoran makanan segera umumnya, adakah anda begitu yakin yang kentang goreng itu datangnya daripada sumber yang segar? Minyak yang digunakan untuk menggoreng juga, adakah ianya minyak baru atau lama?
Oleh itu, jom kita cuba resepi jejari ubi keledek yang enak lagi sihat ini!
Hidangan untuk dua (2) orang,
Bahan-bahannya:
- Ubi keledek yang besar
- Minyak kelapa dara / minyak zaitun dara (untuk gris membakar)
- Garam kasar Himalaya
- Serbuk lada merah (tidak perlu kalau tak mahu)
- Limau Nipis
- Cuka Epal
Cara-caranya:
- Panaskan oven bersuhu 180°C
- Kupaskan kulit ubi keledek dan potongkan ia panjang-panjang (jangan terlalu nipis kerana ubi itu akan mengecut apabila berada di dalam oven nanti). Setelah dipotong, masukkan kesemua ubi keledek itu tadi kedalam sebuah mangkuk dan sira/salut ianya dengan minyak menggunakan tangan anda.
- Taburkan sedikit garam kasar Himalaya rata-rata pada campuran kentang dan minyak. Tidak lupa, taburkan serbuk lada juga jika anda mahukan rasa yang lebih menyerlah.
- Susun diatas dulang oven dengan sempurna.
- Masukkan ke dalam oven untuk mulakan proses memasak. Perlahankan suhu kepada 150°C. Biarkan ia dibakar selama 15 minit.
- Selepas 15 minit pertama berlalu, lebihkan masa selama 15 minit sekali lagi agar ubi keledek anda itu benar-benar rangup. Kesimpulannya, 30 minit.
- Renjiskan sedikit cuka epal dan limau nipis untuk rasa yang lebih mengiurkan!
Selamat Mencuba!