Rihanna , memang terkenal dengan imej seksi dan sikap ‘rebel’ nya. Untuk kesekian kalinya penyanyi lagu Shine Bright Like A Diamond, itu sekali lagi mencetuskan kontroversi gara-gara memuat naik gambarnya bersama seorang bayi baru lahir.
Bergambar dengan bayi adalah perkara yang normal dan bukanlah sesuatu yang patut dijadikan kontroversi. Namun Rihanna telah menjadikan perkara tersebut sebaliknya gara-gara memakai baju bertulisan ‘Majestic As F***’ ketika bergambar dengan anak sepupunya ,Noella Armstrong. Daripada gambar yang lain pula sekali lagi Rihanna memakai kemeja-t yang bertulisan tidak senonoh dengan tulisan ‘Weird S**t is happening”
Gambar tersebut telah dimuatnaik dan disebarkan di media sosial . Yang menjadi isu tentang perkara ini tentu sekali kerana isu moral dan nilai tidak baik yang ditunjukkan penyanyi berusia-26 tahun itu. Kanak-kanak akan terikut dan terpengaruh dengan perilaku orang dewasa . Walaupun bayi tersebut masih tidak mengerti apa-apa malah belum tahu membaca, perbuatan penyanyi ini nampaknya masih tidak boleh diterima.