MTV World Stage Malaysia 2014 yang berlangsung di Surt Beach, Sunway Lagoon pada Sabtu 16 Ogos 2014 telah pun melabuhkan tirainya dengan kehadiran lebih 10,000 peminat. Barisan penghibur yang menggegarkan pentas World Stage oleh B.o.B, Yuna, Boys Republic dan Thaitanium patut dipuji.
- Konsert dimulakan dengan penghibur dari negara seberang, Thailand – Thaitanium dengan lagu “Do What I Say”, “Bong Tong”, “Put Your Hands Up” dan “Sukebe”.
- World Stage dihebatkan lagi dengan jeritan dari peminat Kpop, Boys Republic. Kagum dengan kelincahan tarian dan wardrobe mereka yang sungguh superb!
- Kesayangan Malaysia, Yuna menyampaikan lagu “Falling”, “Mountains”, “Lelaki” and “Dan Sebenarnya”, “Lights And Camera” dan “Terukir Di Bintang” dan diakhiri dengan lagu yang cukup mempesonakan “Come Back”.
- Penghibur yang dinanti-nantikan, B.o.B berjaya memukau peminat dengan persembahan mantap ketika mendendangkan “Don’t Let Me Fall”, “Ready ft. Future”, “Headband ft. 2 Chainz”, “John Doe ft. Priscilla” dan “So Good”, tidak ketinggalan lagu soul bersama Taylor Swift “Both of Us”.
Gambar eskslusif dari MTV Asia