Selfie atau perbuatan menangkap gambar sendiri adalah budaya yang tidak asing lagi di seluruh dunia. Ketika umat Islam menyambut Hari Raya, ada pula yang mungkin tidak sedar yang kegembiraan mereka menyambut lebaran disambut dengan cara yang salah. Baru-baru ini, beberapa gambar telah menjadi viral dimana ada segelintir yang mungkin tidak sensitif dengan mengambil gambar di tanah perkuburan. Bukan apa, riak wajah yang gembira ambil gambar beramai-ramai di tanah perkuburan dan ada pula yang sampai terpijak kubur merupakan perbuatan yang agak kurang sensitif, apatah lagi apabila dilakukan oleh selebriti.
Farish Aziz, pelakon yang berasal dari Sabah turut terkena tempias apabila mengambil gambar selfie menggunakan monopod di atas kubur. Dihentam teruk gara-gara memuatnaik gambar tidak sensitif itu di laman Instagram peribadinya dan mengundang rasa tidak senang peminat.
Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri. Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.
Tidak kurang juga yang mengambil gambar semasa dapur terbakar, agaknya ingin menjadikan gambar itu sebagai gambar bukti berada di tempat kejadian barangkali? Selfie merupakan budaya baru membabitkan tabiat yang sukar dimengerti. Sebagai contoh, kalau dahulu hanya wanita sahaja yang obses untuk menonjolkan penampilan dan paras rupa mereka, tetapi sekarang golongan lelaki juga berebut-rebut berbuat demikian. Adakah wajar? Sekali sekala tidak mengapa, tetapi kalau setiap masa nak mengambil selfie, sampai ke tempat ibadah pun syok berselfie, itu sudah menyebabkan amalan tidak menjadi khusyuk dan menimbulkan persepsi negatif orang lain.
Jom layan gambar-gambar selfie pelik di sini