Tatkala umat Islam sibuk membuat persiapan ‘last minute’ dan juga pulang ke kampung, mungkin ada yang menunggu di kaki lima tanpa membuat sebarang persiapan raya. Itulah golongan gelandangan ( homeless people ) yang mungkin tiada saudara mara dan mungkin langsung tidak menyambut Hari Raya.
Gambar ini diambil di hadapan Masjid Zahir, Alor Setar di mana ada rakyat Malaysia yang prihatin menghulurkan bantuan dan derma pada gelandangan yang duduk di situ supaya dapat meringan beban mereka walaupun tidak menyambut lebaran. Kalau kita lihat, yang membantu bukan sahaja umat Islam, bahkan kaum lain juga. Contoh seperti ini yang kita mahukan, hidup aman damai dan saling bantu-membantu. Semoga gambar yang kami kongsi ini dapat memberikan anda keinsafan dan membantu mereka yang memerlukan.