Ahli terapi kesihatan dari Krogh Consultancy Sdn Bhd, Ar’nie Rozah Krogh berkata kaji selidik menunjukkan 65 peratus daripada pekerja pejabat mendapat sakit kerana tekanan di tempat kerja dan 35 peratus lagi disebabkan kecederaan fizikal.
Luangkan masa anda hanya selama 15 minit untuk bersenam! Masa yang anda akan luangkan ini amat berbaloi kerana akan meredakan tekanan mental dan fizikal berkaitan kerja.
Bersenam tidak semestinya anda perlu ke gym dan berlari di luar, tetapi dengan hanya di pejabat, pekerja yang sibuk juga dapat bersenam dengan hanya menggunakan meja pejabat sebagai alatnya.
15 infografik dari Desirable Body permudahkan keinginan pembaca untuk bersenam, terutama sekali bagi yang selalu menghadap monitor komputer.
Jom ber-Deskercise!