Demi menawan hati bekas teman lelaki, gadis China ini sanggup melakukan pembedahan plastik yang sangat ekstrem di wajahnya. Lee Hee Danae boleh dikatakan mengubah dirinya menjadi boneka hidup/anak patung hidup.
Lee Hee Danae yang dilaporkan menjalani pembedahan plastik untuk memenangi kembali bekas teman lelaki telah menjadi sensasi internet. Dengan wajah barunya, Lee Hee kini mempunyai hampir 320,000 pengikut di laman sosial Weibo. Malah, kebanyakkan netizens mengulas bahawa wajah Lee Hee “terlalu indah untuk dilihat”.
Menurut laporan portal tempatan China, Phoenix, penampilan gadis berusia 15 tahun itu diibaratkan seperti “snake spirit” – satu lagenda kaum yang paling popular di China dengan dagu runcing, kulit putih salju, mata besar dan redup.
Bayangkan baru berusia 15 tahun sudah melakukan pembedahan plastik yang gila ekstrem demi menawan bekas teman lelaki. Apakahhhh???
Sumber : Shanghai List & Mirror.co.uk