Satu minggu lebih sahaja lagi untuk ke Future Music Festival Asia 2015 (FMFA15)! FMFA15 bakal diadakan di Changi Exhibition Centre, Singapura pada 13 & 14 Mac 2015. Tiket FMFA15 boleh diperolehi melalui www.futuremusicfestival.asia dalam tiga kategori:
- Single Day – Pass 1 hari (SGD178)
- Weekend – Pass 2 hari (SGD228)
- VIP (SGD388)
*Harga tiket yang disenaraikan di atas tidak termasuk tempahan tiket ejen dan bayaran pemprosesan kad kredit.
Festival ini dibuka kepada mereka berusia 18 tahun ke atas sahaja. Pengesahan ID akan dijalankan di pintu masuk. Dan ini adalah perkara-perkara penting yang perlu anda tahu mengenai FMFA15, acara muzik terhebat tahun ini:
Senarai Artis
Wristband Anda Adalah Dompet Anda
Setelah melalui bahagian keselamatan, anda akan ditag dengan wristband RFID. Selain mengawal akses, wristband anda juga boleh ditambah dengan tunai dan digunakan untuk membeli minuman. Anda juga boleh menambah kredit wristband menggunakan kad kredit.
Anda hanya perlu membuat pesanan, tap wristband anda, dan selesai. Wristband anda boleh ditambah nilai melalui stesen tambah nilai yang akan disediakan di sekitar tapak festival. Tetapi, bagi memudahkan urusan, anda juga boleh pra tambah nilai wristband anda hari ini sebelum festival bermula melalui http://topup.gorillatix.asia. Pra tambah nilai ini hanya boleh dilakukan bermula sekarang hingga 9 Mac 2015 sahaja.
*Jika anda pemegang pas Weekend (2 hari), anda hanya akan ditag dengan wristband pada hari pertama dan anda harus menyimpan wristband yang sama untuk hari kedua.
Turun ke Singapura Dari Malaysia
FMFA telah bekerjasama dengan Catchthatbus.com untuk menyediakan perjalanan pergi dan balik percuma ke Singapura, tiket disediakan dibeli daripada mereka. Untuk penginapan, Agoda memberikan kadar hotel istimewa di Singapura pada festival hujung minggu tersebut!
Maklumat penuh mengenai tawaran tersebut boleh didapati di sini: http://www.futuremusicfestival.asia/2015/tickets/.
Ambil Grabtaxi / Shuttle Bus ke FMFA15
FMFA15 juga telah bekerjasama dengan GrabTaxi untuk menawarkan anda tambang istimewa ke dan dari Changi Exhibition Centre. Gunakan kod promo “FMFA15” semasa membuat tempahan perjalanan melalui aplikasi mudah alih GrabTaxi atau laman web rasmi mereka.
Sebagai langkah alternatif, anda boleh menaiki shuttle bus FMFA15 yang berharga SGD5 (sehala) dan SGD10 (pergi-balik) untuk seorang. Jika anda menuju ke FMFA15, lokasi pengambilan adalah di tempat letak kereta Kallang Leisure Park. Apabila meninggalkan CEC, shuttle bus akan turunkan anda di lokasi berikut:
- Kallang Leisure Park (sebelum 12am)
- City Hall (selepas 12am)
- Orchard (selepas 12am)
- Tampines (selepas 12am)
- Bedok (selepas 12am)
Maklumat penuh untuk pengangkutan FMFA15 boleh didapati di sini: http://www.futuremusicfestival.asia/2015/news/getting-to-fmfa15-cec-singapore/.
Kemudahan yang Disediakan
Tempat letak kenderaan, bag drop counter, food village, carnival zone, merchandise booth, aplikasi mobile FMFA15.
Tiada Re-Entry
Sebagai sebahagian daripada prosedur keselamatan, FMFA15 melaksanakan dasar ketat tiada kemasukan semula. Ini bermakna, jika anda meninggalkan tempat festival tersebut lebih awal, anda tidak akan dibenarkan untuk masuk kembali. Anda hanya akan dibenarkan kembali ke tapak pesta pada hari berikutnya.
Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai festival itu, layari: www.futuremusicfestival.asia atau www.facebook.com/futuremusicasia. Follow mereka di Instagram dan Twitter: @FMFAsia.