Yogyakarta, Indonesia terkenal dengan wisata budayanya. Selain itu, Yogyakarta juga mempunyai beberapa pantai indah di daerah Gunung Kidul. Setiap pantai punya ciri-ciri unik yang membuatnya berbeza antara satu dengan yang lain.
Contohnya, Pantai Timang. Akses menuju Pantai Timang ini adalah agak sukar jika dibandingkan dengan pantai-pantai lainnya di Gunung Kidul. Untuk pergi ke Pantai Timang, pengunjung harus melalui jalan masuk ke dalam selama 40 menit dan disarankan agar menggunakan kenderaan besar.
Perkara unik mengenai Pantai Timang adalah terdapatnya Pulau Timang yang terlihat dari atas bukit Pantai Timang. Pulau Timang ini juga merupakan sarang lobster.
Nelayan dan penduduk tempatan mempunyai cara unik untuk mengambil lobster di Pulau Timang — dengan membuat kereta gantung yang menghubungkan bukit di Pantai Timang menuju Pulau Timang, dan penghubung tali ini sangat unik, kerana dibuat secara manual.
Mereka yang gemarkan aktiviti ekstrem adalah digalakkan untuk mencuba ‘flying fox’ tradisional ini, dengan harga yang dikenakan adalah Rp 100.000.
Sumber: Kompas.com & Blog Serius