Usia perkahwinan pasangan Adam dan Fiza baru memasuki 7 bulan tetapi banyak ura-ura yang kita dengar berlaku pergolakan dalam rumah tangga mereka ini. Malah, difahamkan perkahwinan Adam dan Fiza semakin goyah apabila Fiza memfailkan perceraian kepada mahkamah Rabu lalu bersamaan 16 April 2014.
Sumber daripada utusan.com.my, khabarnya Fiza ada ke mahkamah pertengahan minggu lalu untuk merujuk masalah rumah tangga ke pejabat agama. Walaupun pemergian Fiza ke mahkamah tidak diketahui ramai tapi ada sumber yang mendedahkan Fiza dikhabarkan memfailkan penceraian pada hari Rabu lalu di Shah Alam, Selangor.
Walaubagaimanapun, Adam mengambil pendekatan mahu mengunci mulut daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan terbaharu isterinya, Fiza dikatakan memfailkan perceraian.
“Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik,” kata Adam kepada mstar.com.my.
Khabar angin rumah tangga Adam dan Fiza goyah timbul sejak Oktober 2013 lagi, walhal hanya sebulan selepas mereka sah bergelar suami isteri. Pergaduhan bermula apabila Fiza dilihat berbual dengan bekas kekasihnya di sebuah stesen minyak yang langsung tidak disenangi Adam.
Walaubagaimanapun bila ditanya, pasangan ini menafikan sekerasnya mengenai dakwaan keretakan rumah tangga mereka. Tetapi ada yang mempersoalkan tindakan Fiza memadam kesemua gambar Adam dalam Instagramnya. Malah, gambar Fiza juga sudah tidak kelihatan lagi di Instagram Adam. Hurmm..
Yang terbaru, Fiza memuat naik gambarnya memakai telekung di Instagram dengan caption yang agak panjang lebar: