Anda peminat boy band zaman 90-an dahulu? Seperti, Backstreet Boys yang terkenal dengan lagu hits seperti Drowning, Incomplete, As Long As You Love Me, I Want It That Way, Shape of My Heart, The Call dan banyak lagi. Selain terkenal dengan lagu yang hebat dan sesuai dengan jiwa remaja pada zaman itu, Backstreet Boys turut menjadi kegilaan wanita seluruh dunia kerana rupa paras anggota kumpulannya yang kacak dengan gaya rambut yang menjadi trend suatu masa dahulu.
Jom kita tengok Backstreet Boys yang dahulu vs sekarang!
Backstreet Boys dahulu:
Backstreet Boys sekarang:
Jika anda adalah merupakan peminat tegar mereka, kami ada berita baik buat anda — 2015 bakal menyaksikan kemunculan filem Backstreet Boys yang berunsurkan dokumentari muzik bertajuk “Backstreet Boys: Show ‘Em What You’re Made Of“! Filem ini bakal ditayangkan kepada seluruh dunia mulai Februari 2015.
Secara ringkasnya, filem ini bakal membawa penonton kepada kisah yang lepas — penonton dapat mengetahui dengan lebih lanjut perjalanan karier seni Backstreet Boys pada zaman kegemilangan mereka suatu masa dahulu. Filem ini memberikan peluang kepada peminat untuk melihat ‘naik dan turunnya’ 5 anggota Backstreet Boys dalam perjuangan seni mereka dan apa yang terjadi apabila kini mereka kembali bersatu semula untuk menjayakan filem dokumentari ini. Mari saksikan trailer filem “Backstreet Boys: Show ‘Em What You’re Made Of“:
Pasti anda sudah tidak sabar untuk saksikan filem ini di pawagam, bukan? Mari kita sama-sama nantikan kemunculan filem ini di Malaysia tahun hadapan! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari BSB The Movie & Facebook Backstreet Boys Movie.