Pada minggu lepas, saya sempat ke acara perasmian Hidaya, jenama abaya ‘high fashion’ pertama Malaysia dengan pelancaran koleksi pertamanya – ‘Amira’ – sekaligus menawarkan warganegara Malaysia peluang pertama untuk memiliki abaya berjenama Hidaya. Dilahirkan di Malaysia, abaya dan aksesori Hidaya dibuat di Abu Dhabi dan Dubai serta Malaysia. Kreativitinya yang unik serta sofistikated bakal membuat jenama Hidaya menggoncang dunia penggemar abaya di seluruh dunia.
Hidaya International merupakan jenama sulung yang diasaskan oleh To Puan Seri Hidayah Wan Ismail, yang sempat berkongsi kata-kata hikmahnya iaitu : “Hidaya adalah untuk wanita yang tahu harga dirinya dan bersedia untuk meraikannya”.
Majlis perasmian abaya Hidaya International telah diadakan di Carcosa Seri Negara dan dihadiri oleh ramai jemputan kehormat, fesyenista dan juga pihak media. Majlis telah diserikan dengan persembahan penyanyi antarabangsa dan juga anak Malaysia yang kini sedang mengembangkan bakatnya iaitu Yuna Zarai.
Yakin Tanpa Kompromi Agama
Prinsip fesyen Hidaya adalah supaya seorang wanita Muslim itu boleh melangkah ke depan dengan yakin tanpa mengkompromikan agamanya mahupun gayanya. Konsep jenama ini, walaupun akur kepada garispanduan kasar budaya Timur Tengah yang menggalakkan pakaian menutup aurat, adalah cukup luas untuk menarik minat penggemar-penggemar fesyen yang bukan beragama Islam yang ingin mencuba pakaian yang menutup aurat yang masih mahu kelihatan anggun serta berfesyen.
Koleksi sulung ‘Amira’
Koleksi terulung ini di beri nama ‘Amira’ yang bermaksud ‘puteri’ dalam bahasa Arab. Hidaya berpegang kepada prinsip bahawa di dalam jiwa setiap wanita terpendam harga diri seorang puteri yang semangatnya serta kebolehannya harus diserlahkan. Hidaya membolehkan semangat ini diekspresi dengan penuh gaya dan sofistikasi. Biar rupa mencerminkan dan meraikan jiwa.
Mengandungi 16 rekaan, setiap abaya di dalam koleksi Amira membawa interpretasi tersendiri kepada pakaian tradisi ini, menjadikan ia kelihatan anggun dan bernafas baru. Dengan menggabungkan bahan-bahan seperti sifon, renda, tulle dan Kristal, koleksi Amira ini adalah bertujuan untuk menyerlahkan kepelbagaian rupa sesehelai abaya.
Diperbuat keseluruhannya dengan hasil kerja tangan yang melibatkan penggunaan renda, manik manik serta sequin, setiap helaian abaya di dalam koleksi ini tampil unik dan mempersonakan. Dipadankan dengan aksesori ‘playful’ seperti seluar atau legging berwarna emas, perak dan tembaga, abaya Hidaya ini akan kelihatan sesuai dipakai kemana sahaja samada ke majlis rasmi mahupun majlis santai. Boleh juga dipadankan dengan kasut tumit tinggi berplatform serta beg dan clutch dibawah jenama yang sama, setiap helaian abaya Hidaya membolehkan pemakainya mengekalkan perwatakan individu masing masing.
Hidaya bakal membuat debutnya di pementasan fesyen di serata dunia bermula dengan Dubai, London serta New York tidak lama lagi. Januari 2015 bakal menyaksikan Hidaya melebarkan sayapnya dengan stokis stokis di Dubai, Jakarta London serta Paris.
Hidaya boleh didapati secara online di www.hidayainternational.com. Untuk yang tinggal di Lembah kelang, boleh melakukan tempahan melalui temu janji. Sila hubungi Datin Sri June di +6019 925 1111 untuk keterangan lebih lanjut. Harga bermula dari RM900 sehingga RM2300.
Kami ingin kongsikan 16 abaya dari koleksi ‘Amira’ dari jenama Hidaya International.
– TAMAT –