Jangan lepaskan peluang ke persembahan kesenian terbesar antarabangsa yang berlangsung di Tapak Warisan Dunia UNESCO, Festival Seni dan Persembahan Melaka (MAPFest), kembali ke Melaka untuk ansuran ketujuh dari 27 hingga 29 November 2015.
Lebih daripada 35 artis tempatan dan antarabangsa akan berkumpul di sekitar kawasan Bukit St. Paul untuk mengubahkan bandar warisan tersebut kepada sebuah tapak bagi menonjolkan kesenian dalam pelbagai bidang.
Festival tiga hari tersebut merupakan acara yang percuma dan dibuka kepada semua untuk mengambil bahagian.
Festival ini telah menarik berpuluh-puluh ribu penonton asing dan tempatan ke tapak bersejarah Melaka semenjak penubuhannya di 2009. Tahun ini, artis dari Malaysia, Indonesia, Australia, Perancis, Poland, Singapura dan Rusia, akan bekerjasama untuk membentangkan persembahan seni yang berkualiti antarabangsa. Ini termasuk tarian, seni persembahan, pemasangan seni visual, filem dan muzik.
MAPFest 2015 akan memaparkan komponen khusus yang baru seperti Cerita Pendik, Seni Visual Pemasangan, tayangan filem, forum dan bengkel seni. Tarikan utama yang lain termasuk kerjasama antara artis-artis seperti ‘Eulogy for The Living’, program MAPPING, seni halus dan paparan seni kontemporari di galeri-galeri tempatan Melaka, dan Festival Seni Kanak-Kanak yang akan berlangsung di SMK Canossa Convent Malacca.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai MAPFest 2015, sila layari:
- Laman Web – www.melakafestival.com
- Facebook – Melaka Art & Performance Festival