Fendi sering mengejutkan jutaan peminatnya dengan rekaan koleksi pakaian, beg tangan, kasut dan kaca mata yang mempersona. Baru-baru ini, jenama terkemuka itu telah melancarkan satu rangkaian kaca mata gelap The Paradeyes khas buat gadis-gadis yang gemar berfesyen.
Reka bentuk bingkai kaca mata yang begitu unik, lain daripada yang lain itu dapat menerap gaya stylo kepada si pemakai. Tampak ranggi, boleh dipadankan untuk gaya pemakaian yang bersahaja dan sesuai juga untuk digayakan tatkala menghadiri acara parti atau glam.
Sebahagian daripada koleksi Fendi musim Luruh/Sejuk 2015 itu merangkumi karakter moden, abstrak dan geometri selain mainan warna telus yang terang dan matte bersama kemasan butir-butir kilauan menghiasi segenap inci bingkai bentuk mata kucing bersegi.
Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi The Paradeyes oleh Fendi, sila layari www.fendi.com.