Burberry London mahir dalam rekaan trench coat. Pakaian yang dipakai untuk menyeliputi tubuh yang lazimnya dipakai pada musim sejuk itu menjadi trend yang tidak lapuk dimamah zaman kerana rekaanya kini telah divariasikan, menjadi lebih moden tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan ciri warisan jenama yang terkenal dengan corak tartan itu.
Demi mengangkat rekaan trench coat kesatu platform yang baharu selepas koleksi Kensington dan Sandringham sebelum ini, Burberry menambah rekaan trench coat yang diperhalusi dengan penggunaan fabrik serat bulu kambing bagi menambah ciri-ciri mewah dan kepelbagaian pada koleksinya kali ini untuk pemakaian wanita dan lelaki.
Trench Coat Kashmir telah muncul digayakan oleh peragawati dan pelakon British, Amber Anderson bersama Clara Paget pada kempen Burberry baru-baru ini. Kesemua koleksi rekaan dari hujung rambut sehingga hujung kaki untuk musim Luruh/Sejuk 2015 oleh Burberry ini memanfaatkan fabrik Kashmir sepenuhnya, yang telah digunakan berzaman sejak dahulu lagi.
Selain itu, koleksi ini bakal membawa sesuatu kelainan kerana boleh didapati dalam 10 warna meriah yang menarik termasuk merah parade, warna ros samar, merah jambu ceri, orkid pucat, plum, mint, hijau kebiruan, biru empayar, indigo, kuning telap, hitam, camel (warna krim tanah), kelabu pucat dan putih.
Manakala, palet warna khas untuk trench coat lelaki adalah terdiri daripada hitam, biru pekat, camel gelap (warna krim tanah) dan hijau kebiruan.
Terdapat juga rekaan skarf menggunakan fabrik kashmir yang boleh disuai-padan dengan trench coat berkenaan. Burberry sentiasa mementingkan hasil kerja yang berkualiti tinggi dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang bermutu serta kaedah pertukangan yang tiada bandingnya.
Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi musim Luruh/Sejuk 2015 dan trench coat Kashmir oleh Burberry London, sila layari www.burberry.com