Semalam portal berita The Rakyat Post ada memuatnaik gambar di pawagam Malaysia. Yang menjadi perbualan hangat bukanlah tayangan filem tetapi sikap rakyat Malaysia sendiri. Kononnya sayangkan Malaysia, tetapi berdiri nyanyi lagu Negaraku sebelum tayangan filem pun malas. Nyanyian lagu Negaraku di dalam panggung wayang dibuat untuk menyemai rasa cintakan negara dan semangat patriotik. Sebenarnya penulis pun pernah melihat kejadian ini depan mata penulis semasa menonton wayang. Bukan nak cakap mengenai kaum, tetapi ada yang tidak peka dan sensitif serta seolah-olah tidak hormat dengan lagu negara sendiri.
Jom lihat gambar-gambar di bawah, tengok sama ada perkara ini normal ataupun tidak?
Gambar : Facebook Anwar Miswan