Fesyen paling memikat dan menarik tumpuan penulis di karpet merah SAG 2015 jatuh kepada pelakon Emma Stone. Kenapa Emma Stone? Lihat sahaja Emma tampil anggun dan berseri dengan fesyen tuxedo gaun oleh Christian Dior Couture, fesyennya boleh dikatakan kreatif dan unik malah tidak sarat. Minimalis yang cukup sempurna. Ditambah dengan solekan ringkas dan gincu bibir merah menyala menambahkan seri Emma. Melengkapkan diri dengan Roger Vivier clutch, Repossi jewelry dan peep-toe heels dari Christian Louboutin.
Siapa kata rona hitam membosankan, lihat sahaja Emma. International fashion critic juga memilih tuxedo gaun Emma sebagai best dressed untuk malam itu.