Pertama sekali, apabila melihatkan perkara yang dikongsikan oleh pelakon Eina Azman ini, kami hanya mampu geleng kepala kerana ia perkara sama namun watak mangsa khalwat tersebut diubah-ubah bagi meraih perhatian pembaca.
“Ini FITNAH semata-mata untuk mengaibkan saya. Alhamdulillah… Allah maha besar. Saya tersenyum dan gelak bersama suami apabila ada juga segelintir manusia zaman sekararang yang suka menabur fitnah. Bertaubat lah. Tiada yang sempurna,” jelas Eina sendiri di Instagram menafikan khabar angin tersebut.
Menurut Eina lagi, dia juga suami tergelak apabila mengetahui perkara tersebut malah tambahnya, dia sudah pun mewarnakan kembali warnanya kepada warna hitam selain menyifatkan dakwaan tersebut sebagai melampau.