Kebarangkalian 1 daripada 5 orang di Korea Selatan melakukan operasi pembedahan plastik. Dan biasanya kerana mereka inginkan wajah berbentuk bulat persis telur. Hal ini terjadi kepada seorang pengacara Korea Selatan yang melakukan pembedahan plastik merubah wajah. Perubahannya menjadi buah mulut orang kerana pembedahannya dikatakan gagal.
Pengacara ini merubah wajah berbentuk piala di mana dagunya meruncing ke bawah. Ramai yang melihat semua wajah sebelum dan selepas, ternyata wajah sebelumnya lebih menarik berbanding wajah selepas. Sejak operasi plastik, pengacara ini kelihatan aneh dan mengerikan malah orang Korea sendiri takut melihatnya.
Selain itu, aegyo sal atau kantung mata buatannya kelihatan sembab dan membuatnya tampak tua. Ramai berpendapat, dia melakukan terlalu banyak pembedahan di bahagian rahang sehingga terjadi sedemikian rupa. via