Siri drama premium kanak-kanak terbitan Astro – Strawberi Karipap, yang menampilkan barisan pelakon sensasi, iaitu Mia Sara (sebagai Nini), Rykarl Iskandar (Haikal), Fouziah Gous (Maya), dan Hisyam Hamid (Faris), berkunjung ke Hong Kong di musim ketiga kali ini.
Musim ini, atau dikenali dengan lebih mesra sebagai Hello Hong Kong! membawa penonton mengikuti Nini dan Haikal berkunjung ke Hong Kong untuk menemani ibu bapa mereka, Maya dan Faris yang menetap di Hong Kong kerana kerjaya masing-masing. Jejaki pengalaman kembara Nini dan Haikal yang sedang menyesuaikan diri supaya serasi dengan gaya hidup di Hong Kong sambil mengekalkan tradisi agama Islam, terutamanya semasa bulan Ramadhan.
Antara babak-babak yang menarik mengenai pengembaraan Nini and Haikal ke Hong Kong termasuklah tawaran semasa membeli-belah, tarikan ikonik seperti Hong Kong Disneyland, Ocean Park Hong Kong dan The Peak. Tidak ketinggalan adalah paparan pelbagai restoran makanan halal yang menyelerakan seperti Spice Restaurant dan Ebeneezer’s Kebabs dan Pizzeria.
Strawberi Karipap memapar pengalaman kembara dua adik-beradik, Nini dan Haikal yang tinggal bersama ayah saudara dan ibu saudara mereka, Nelydia Senrose (sebagai Lisa) dan Zizan Nin ( Hairi). Musim pertama drama bersiri ini menyaksikan gelagat pintar adik-beradik ini yang cuba menyemarak rasa cinta antara Lisa dan Hairi. Hasil kepintaran adik beradik ini membuah hasil apabila mereka akhirnya berjaya membantu Lisa dan Hairi mendiri rumah tangga, seperti sorotan dalam penerbitan Musim 2 yang lalu.
Saksikanlah keriangan lokasi kunjungan percutian musim panas bulan Julai di Hong Kong, yang dapat dinikmati oleh anda sekeluarga, seperti yang dipertonton dalam babak lakonan yang dialami oleh barisan pelakon Strawberi Karipap Musim 3, Hello Hong Kong!
Rakam kenangan manis ketika meraikan Hong Kong Summer Fun (Julai – Ogos 2016) dengan pelbagai tawaran diskaun beli-belah yang hebat, serta aktiviti luar dan sukan air yang mencabar. Sila layari www.discoverhongkong.com dan rancang serta cipta detik kenang-kenangan indah di bumi Hong Kong.
Tonton Strawberi Karipap Musim 3, Hello Hong Kong! setiap Sabtu, pada jam 11:00 PAGI dari 7 Mei hinggal 30 Julai 2016 di Astro Ceria dan Astro Maya HD.