Annyeonghase yo! Saluran paling hangat di Astro, ONE HD kini lebih mengujakan kerana pelbagai siri drama klasik dan baru bakal menghantui hari hari anda!
MEMORIES OF BALI
Antara cinta dan benci, jangan lupa tonton siri drama yang penuh dengan konflik dan turun naik sesebuah percintaan lakonan Ha Ji Won, Jo-in-sung, So jiSub dan Park Ye Jin bermula 25 Mei 2016, setiap Isnin -Jumaat, tepat jam 5.40pm.
Percintaan yang berlaku di antara empat orang anak muda di mana, Soo Jung merupakan seorang pemandu pelancong di BALI tetapi dirinya punyai impian untuk menjadi isteri kepada seorang jutawan.
Manakala Yoo Joo pula adalah seorang wanita yang sangat beruntung kerana memiliki segalanya kerana menjadi isteri kepada si kaya Jae Min. Walau bagaimanapun, dia yang ingin melupakan bekas teman lelakinya, In Wook dengan berkunjung ke Bali untuk kali yang terakhir tetapi pada akhirnya dikejutkan dengan kemunculan Jae Min!
Sementara diri dan kisah mereka berempat bagai dilambung ombak di kepulauan BALI, pelbagai masalah dan konflik mula terbit membuatkan drama ini harus termasuk dalam senarai ‘wajib tonton’ anda!
PRETTY UGLY
Gong Shim (Minah) adalah seorang gadis yang asih menganggur, kosong dan tidak mempunyai identiti yang menarik meskipun kakaknya adalah seorang wanita yang berjaya dan menawan.
Suatu hari, Gong Shim terjumpa lelaki yang bernama Ahn Dan Tae lakonan Nam Goong Min yang kebetulan tinggal di tingkat paling atas bangunan pangsapurinya. Pada awalnya mereka sering tidak bersependapat, namun, adakah mereka sebenarnya memang dihidupkan untuk menjadi pelengkap kepada diri masing-masing?
Tonton drama yang penuh dengan bunga-bunga cinta ini setiap hari Ahad bermula 29 Mei 2016, jam 3.15pm lakonan Nam Goong Min, Minah (Girl’s Day), On Joo Won dan Seo Hyo Rim.
THE SHOW
Sebagai hiburan hari minggu tanpa sempadan, tonton THE SHOW setiap hari Ahad jam 11pm yang bukan sahaja berkisar tentang muzik K-Pop kegemaran ramai, malah ia adalah racangan muzik pertama yang diusahakan bersama oleh negara Korea Utara dengan China!
Anda akan ternganga melihat variasi persembahan nyanyian secara live yang diselangi gerakan tarian sensasi serta berpeluang untuk mengetahui perkembangan terkini para selebriti K-Pop melalui siri temu-ramah. Yang pasti, ini adalah rancangan khas untuk tontonan para peminat tegar K-Pop yang dihoskan oleh Yerin (GFriend) dan Zhou Mi (Super JuniorM).
Jadi, apa anda tunggu lagi? Cepat simpan waktu hujung minggu anda untuk melepak di rumah sambil ditemani ONE HD saluran Astro B.yond 393!
Untuk keterangan lanjut sila layari www.onetvasia.com