Kadang-kadang, peluang muncul hanya sekali sahaja untuk mengalami pengalaman melancong bersama rakan anda, membina memori yang baru bersama-sama merupakan target utama dalam perkara ini.
Jika ia tidak dilakukan dengan betul, anda mungkin akan mempunyai masalah ketika menikmati pemandangan yang luar biasa. Tetapi dengan tujuh cara ini, anda akan membina satu memori yang tidak akan lupa sepanjang hidup!
1. Rancang jadual perjalanan
Sebelum bertolak ke destinasi pilihan, lakukan perancangan jadual bersama rakan anda. Ini merupakan perkara penting jika anda ingin melancong ke negara orang. Pastikan semua tempahan (hotel,tiket penerbangan) sudah dilakukan.
2. Pilih rakan melancong anda dengan tepat!
Tidak semua rakan anda berkongsi minat yang sama. Jika anda silap memilih rakan untuk berkongsi percutian yang epik ini, kemungkinan anda tidak akan menikmati sepanjang perjalanan anda ketika melancong.
Jadi, lebih baik anda memilih rakan yang mempunyai minat dan personaliti yang serupa!
3. Pembahagian kewangan
Percutian akan menjadi lebih teruk jika terdapat salah faham antara rakan berkenaan dengan duit. Jadi, rancang perbelanjaan ketika melancong, pastikan menetapkan bajet yang sesuai bagi setiap orang.
Ini juga termasuk dengan penyewaan, minyak kereta dan rumah bersama. Dengan cara ini, setiap orang menyedari tentang keperluan mereka untuk menyumbangkan sesuatu.
4. Bertolak ansur
Ingat bahawa ini bukan percutian untuk anda seorang sahaja! Jika mahu semuanya berjalan dengan lancar, anda perlu bertolak ansur dengan idea semua rakan anda yang juga datang untuk melakukan perkara yang mereka suka.
5. Bina peraturan
Kemungkinan, terdapat sesetengah pihak yang mengambil kesempatan ketika anda menikmati percutian. Dengan ini, anda dan rakan perlu membina peraturan supaya setiap orang mempunyai masa untuk berehat dan selamat ketika bercuti.
6. Jangan rosakkan percutian!
Jangan terlalu mengawal percutian anda!
Tidak mengapa jika ada rancangan yang tidak sampai tepat pada masanya. Anda perlu ingat bahawa bercuti ini adalah untuk menikmati dan berehat bersama rakan anda. Relax dan semuanya akan jadi okay sentiasa!
7. Tidak perlu melekat 24 jam!
Tidak bermakna anda perlu bersama rakan anda setiap masa dan hari. Semestinya tujuan percutian bersama rakan anda untuk mengeratkan hubungan anda yang sudah tercipta.
Tetapi, tidak salah jika curi sedikit masa bersama diri anda sendiri! Contohnya seperti, menikmati makan malam atau duduk di tepi kolam.
Jom nikmati percutian bersama rakan anda dengan 7 Do’s dan Don’ts ini!
[SUMBER]