Seorang pakar telinga kelahiran Malaysia yang menetap di Britain telah mengaku bersalah dan akan dijatuhkan hukuman di sebuah mahkamah British atas kesalahan membuat penggambaran sembunyi beratus-ratus pesakit, rakan, pengunjung hospital dan kanak-kanak.
Dr Lam Hoe Yeoh, 62, yang dianggap sebagai seorang doktor terkemuka di negara itu, mengaku menggunakan kedudukannya untuk meletakkan kamera tersembunyi dan merakamkan aksi orang di tandas di Epsom dan Hospital St Helier, Hospital St Anthony di mana beliau bekerja dan juga klinik lain. Beliau juga mengaku mengintip mangsa menggunakan kamera tersembunyi di jam tangannya, pen dan lapisan dalam tong dan membuat filem lucah di rumahnya hasil daripada rakaman tersebut — laman berita British, Your Local Guardian melaporkan.
Dalam pendengaran kes di Croydon Crown Court, mahkamah memberitahu bahawa Lam tutur merakamkan tetamu yang hadir ke rumahnya di Banstead dan turut meletakkan kamera dalam tandas kereta api.
Perbuatan terkutuk nya itu terbongkar apabila salah satu kamera beliau jatuh dari dinding tandas di Hospital St Anthony, yang akhirnya mendorong Pegawai untuk mencari rumahnya, pejabat, kereta dan juga komputer.
Lam mempunyai 30 mangsa dikenal pasti dan 1,084 mangsa yang tidak dikenali.
Dia mengaku bersalah terhadap tujuh tuduhan mengintai, enam pertuduhan membuat imej lucah kanak-kanak dan satu tuduhan memiliki pornografi yang melampau. Kesalahan yang telah dilaporkan itu dilakukan diantara 1 Januari 2011, dan April 15, 2014.
Isterinya, Ivy Muihong Sng, 57, juga menghadapi tuduhan yang sama iaitu mengintai, yang berkaitan dengan rakaman yang difilemkan di rumah mereka, tetapi pihak pendakwaan memilih untuk tidak meneruskan pertuduhan.
Sumber: The Rakyat Post