Kunyit adalah salah satu bahan penting dalam masakan India dan negara-negara Asia. Bersama-sama dengan penggunaannya sebagai bahan masakan, kunyit memainkan peranan penting dalam perubatan herba. Terdapat lebih daripada 300 antioksidan dan nutrien penting yang lain dalam kunyit yang menawarkan banyak manfaat kesihatan dan kecantikan.
Jika sebelum ini kami pernah kongsikan mengenai manfaat luar biasa yang kunyit tawarkan (baca: 7 Manfaat Kecantikan Kunyit yang Luar Biasa), hari ini kami ingin tunjukkan kepada anda cara membat Jus Kunyit yang boleh anda minum bagi mendapatkan manfaatnya yang menakjubkan itu.
Akar kunyit segar boleh didapati di kedai-kedai makanan kesihatan, dan sangat mudah untuk mendapatkan jusnya.
1. Basuh beberapa akar kunyit segar di bawah air yang mengalir dan buang kulitnya.
2. Kisarkan kunyit menggunakan pemerah jus, untuk mendapatkan jusnya.
3. Kumpulkan sisa kunyit tadi, dan perah beberapa kali lagi.
Simpan jus tersebut di dalam peti sejuk dan gunakannya selepas tiga hari. Anda boleh gunakan jus kunyit segar ini dalam smoothie, sup, susu atau dalam masakan hidangan kegemaran anda.
Berikut adalah resipi minuman yang sihat dan menyegarkan menggunakan jus kunyit:
1. Letakkan 1-2 sudu besar jus kunyit segar ke dalam jag.
2. Masukkan jus lemon, bergantung kepada citarasa anda.
3. Sebagai pilihan, anda juga boleh tambahkan sedikit jus halia.
4. Kemudian, tambahkan 2 sudu besar madu.
5. Akhir sekali, tambahkan 2 cawan air sejuk dan kacaukan campuran agar ia sebati.
Hidangkan minuman ini dengan ais, dan simpan jus kunyit yang lebih di dalam peti sejuk selama beberapa hari sahaja. Anda juga boleh menambah rasa pada minuman segar ini dengan pudina ataupun daun ketumbar.
Jus kunyit secara umumnya selamat untuk kebanyakan orang. Walau bagaimanapun, sesetengah daripada anda mungkin akan merasai perut meragam. Perlu diingatkan juga, apabila diambil secara berlebihan, ia juga boleh menyebabkan ulser perut. Jadi, minum minuman kesihatan ini secara ala kadar sahaja, tidak perlu terlalu kerap.
Selamat mecuba!
Sumber: top10homeremedies.com