Pernahkah anda terfikir daripada berhabis duit membeli cekak rambut yang anda inginkan, apa kata membuatnya sendiri. Proses pembuatannya juga mudah malah yang penting anda tidak berbelanja banyak untuk membuatnya.
Hanya beli cekak rambut dan hiasan yang anda inginkan. Anda boleh lihat pelbagai contoh seperti di Pinterest yang menyediakan banyak DIY yang menarik.
Kami kongsikan 3 cekak rambut yang mudah boleh anda lakukan!
1. CEKAK RAMBUT BERBUNGA/FLORAL SCARF
Barang yang diperlukan: Cekak rambut, beberapa kuntum bunga kecil, ikut kesukaan anda – penulis memilih bunga kecil merah dan putih krim.
Cara membuatnya: Ambil bunga dan lilit di sekeliling cekak rambut, sampai hujung lilit.
Cekak rambut berbunga ini sesuai dipakai oleh kanak-kanak kecil yang menjadi flower girl ketika majlis perkahwinan.
2. CEKAK RAMBUT MUTIARA
Barang yang diperlukan: Dawai keras, mutiara, seberapa banyak yang boleh – penulis gunakan 3 paket kecil mutiara dan juga gam
Cara membuatnya: Lengkungkan dawai, Masukkan mutiara pada dawai, sampai hujung – bila dihujung, gamkan.
3. CEKAK RAMBUT REBEN
Barang yang diperlukan: Cekak rambut dan juga reben – ikut suka rekaan yang anda minat
Cara membuatnya: Ambil reben dan gamkan pada cekak rambut
Selamat Beramal!