Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini memperkenalkan identiti jenama baru dengan janji menjadi pemangkin inspirasi digital kepada para pelanggan dan komitmen terhadap perkhidmatan cemerlang, berlandaskan rekod prestasi dan inovasi syarikat.
Identiti baru Digi yang mencakupi logo baru dan falsafah ‘Jom Berinspirasi’ ini menyokong usaha Digi untuk membentuk operasi berfokuskan maklumat selama empat tahun bagi memberikan perkhidmatan internet mudah alih berkualiti tinggi kepada para pelanggan yang gemarkan internet.
Digi telah memperkenalkan empat usul berbeza sebagai asas kepada janjinya untuk memberikan pengalaman istimewa kepada para pelanggannya:
- Digi Live: Membawa kandungan hiburan terbaru dan mengagumkan (video, muzik dan games), dan pakej produk yang berbeza yang menawarkan inovasi digital terbaharu dari rakan kongsi global strategik
- Digi Value: Sentiasa memberikan istimewa untuk pelan suara dan internet dan menawarkan capaian internet mudah alih pada pelbagai harga.
- Digi Easy: Berjanji untuk memberikan pengalaman pengguna yang terbaik, dan saluran-saluran layan diri dengan rangkaian yang terbesar. Semua panggilan kepada khidmat pelanggan adalah percuma.
- Best for Internet: Rangkaian data paling pantas berkembang menjamin pengalaman internet yang paling konsisten, dan penggunaan media sosial dan platform kandungan yang terbaik.
Digi hari ini merupakan pembekal internet mudah alih paling pantas berkembang di Malaysia, dengan pertumbuhan hasil keuntungan internet sebanyak 40.3% (Q3 2014).