Cinta hati Malaysia, Goh Liu Ying baru sahaja memenangi pingat perak untuk acara beregu campuran di Olimpik Rio 2016.
Selain hebat bersukan, rupa paras gadis ini boleh tahan juga tahu? Lain daripada apa yang anda saksikan kala dirinya menghayunkan raket ke arah bulu tangkis.
Ada sumber mengatakan bahawa Goh Liu Ying juga merupakan model sambilan, sekadar untuk menghabiskan masa terluang ketika berada di luar gelanggang.
Ini beberapa siri foto Goh Liu Ying yang pasti buat anda tergamam.
#1 Dia dan temannya, Chan Peng Soon memenangi pingat perak pertama untuk Malaysia dalam acara Badminton beregu campuran.
#2 Pada mulanya, Liu Ying dan Peng Soon tidak begitu menyerlah di mata orang ramai sehingga mereka membuktikan kepada warga Malaysia yang mereka bisa mara ke peringkat akhir perlawanan, merupakan pasangan pertama Malaysia yang berjaya memperolehi pingat perak untuk acara tersebut.
#3 Syarikat telekomunikasi XOX menawarkan mereka dengan wang bernilai RM100,000 jika memenangi pingat emas.
#4 Sebagai motivasi, syarikat telco tempatan itu menawarkan mereka dengan RM100,000 jika mereka berjaya menjadi juara mengatasi pasukan beregu Indonesia, disertai Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir yang berada pada nombor 3 di dalam carta dunia manakala Liu Ying dan Peng Soon berada di tangga ke-11. Malangnya, mereka harus melepaskan keinginan untuk menjuarai acara tersebut.
#5 Kejelitaan Liu Ying buat para pengguna media sosial jadi ‘cair’.
#6 Setelah beberapa ketika foto Liu Ying di luar gelanggang tersebar dan menjadi viral, laman-laman media terkemuka tanah air banyak memuji kecantikan milik gadis ini. Netizen pun apa lagi, JATUH HATI LAH!
#7 Liu Ying telah pun berfikir untuk jangka masa yang panjang. Katanya dia mahu berlakon setelah bersara dari bidang sukan nanti.
#8 Pernah menyertai sekolah peragaan?
#9 Dalam sebuah temu bual, Liu Ying mengaku yang dia pernah menyertai sekolah peragaan di bawah Amber Chia Academy. Dia juga pernah berkata bahawa dia mahu orang ramai melihat sukan badminton dari sudut yang baharu. Meskipun bersukan, diri harus kekal kelihatan bergaya… seperti idolanya, pemain tennis Maria Sharapova.
#10 Oh! Pernah menjadi muka majalah juga rupanya…
#11 Berbaloi menyertai sekolah peragaan, Liu Ying pernah terpilih untuk menjadi wajah bagi majalah LongLife untuk keluaran April 2015 selain pernah menjadi model untuk pita kinesiology.
#12 Berjinak dan dilatih untuk menguasi sukan badminton sejak berusia 15 tahun.
#13 Menyertai sukan badminton kerana ingin merealisasikan impian ayahnya serta jurulatihnya, Liu Ying telah dilatih secara profesional oleh Jeramy Gan yang percaya bahawa gadis luar biasa ini mampu menepis kekalahan dengan menjadi ratu badminton suatu hari nanti.
#14 Namun begitu, Liu Ying berdepan kecederaan lutut pada tahun 2008.
#15 Dia yang sepatutnya menjalani satu pembedahan pada tahun lalu membuat keputusan untuk tidak meneruskan pembedahan kerana komitmennya terhadap pasukan negara.