Bintang sensasi K-Drama, Hwang Jung Eum yang lama menyepi kini kembali untuk membintangi siri drama paling hangat yang bakal ditayangkan di saluran Oh!K setiap hari Khamis dan Jumaat bermula minggu ini!
Lucky Romance adalah drama bersiri Korea berkisarkan percintaan dua orang anak muda yang sering butuhkan kehidupan sempurna. Namun, apabila menyedari bahawa takdir bukanlah ketetapan yang berkekalan, wanita jelita yang bernama Shim Bo Nui lakonan Hwang Jung Eum ini lebih taksub untuk mengamalkan amalan khurafat, betentangan dengan amalan hidup yang sepatutnya dek kerana terlalu obses untuk menjauhkan diri dari nasib buruk dan bala.
Sehinggalah pada suatu hari, dia dibertahu bahawa dirinya akan ditimpa nasib buruk melainkan jika dirinya menjumpai pasangan lelaki yang mempunyai tanda zodiak Harimau. Dalam masa yang sama, saat berjumpa itu, Shim Bo Nui dikehendaki menghabiskan sekurang-kurang sehari suntuk bersama dengan lelaki tersebut!
Yup! Malangnya, satu-satunya lelaki yang menepati syarat untuk menghalang dirinya ditimpan bala adalah majikannya yang begitu menjengkilkan, Je Soo Ho lakonan Ryu Joon Yeol. Lelaki tersebut juga merupakan Ketua Pengawai Eksekutif bagi syarikat yang menghasilkan permainan.
Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya antara dua insan yang saling membenci ini? Adakah Bo Nui bakal melakukan sesuatu yang diluar jangkaan bagi melenyapkan tilikan buruk terhadap dirinya itu? Drama bersiri ini pasti menghiburkan sekaligus membawa anda kesatu alam percintaan yang banyak menguji emosi, kesabaran serta kejujuran antara dua jiwa yang saling bertentangan ini.
Jangan lupa tonton siri terbaru yang akan ditayangkan di Oh!K saluran 394, hanya di Astro pada setiap hari Khamis dan Jumaat tepat jam 8.55pm. Ia turut ditemani sari kata Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ohk-tv.com atau lawat laman Facebook Oh!K di www.facebook.com/ohktvasia