Hello si dara dan teruna yang masih bujang dan sedang mencari cinta! Kini anda boleh sertai agensi temu janji yang dikelolakan dan dimiliki sepenuhnya oleh pencipta aplikasi mencari jodoh yang paling terkenal di seluruh dunia iaitu PAKTOR. Ya! Paktor kini mengembangkan sayapnya di Malaysia!
Datesmith adalah satu-satunya servis yang menawarkan pengalaman mencari pasangan bagi mereka yang memerlukan bantuan di Malaysia. Seperti juga Paktor, Datesmith adalah versi Paktor tetapi ia dimanfaatkan dalam keadaan “offline” tanpa menggunakan fungsi atas talian (online) seperti Paktor. Bahkan, Datesmith sebenarnya adalah sebuah syarikat yang bergerak secara solo, mempunyai pelanggan dan pangkalan datanya yang tersendiri.
Berfungsi untuk menghubungkan orang ramai, Datesmith kini membuka peluang untuk para individu bujang untuk mencari cinta sejati mereka. Siapa tahu orang yang anda kenal melalui Datesmith akhirnya menjadi pasangan hidup anda yang sempurna?
Bukan itu sahaja, servis ini adalah sangat berpatutan, fokus kepada tatacara yang santai, efektif serta boleh diakses oleh semua individu tanpa mengira status mahupun pangkat.
Oleh kerana Datesmith mempunyai perkongsian rapat dengan beberapa organisasi hospitaliti dan gaya hidup terbaik sekitar Malaysia, ia secara tidak langusng mampu memberi peluang kepada anda dan pasangan sesuai merasakan sebuah suasana temu janji yang pastinya hebat dan mengujakan! Dari variasi rancangan aktiviti menyeronokkan sehinggalah kepada makan malam romantis, si teruna mahupun dara yang masih bujang pasti merasa bahagia dan selesa untuk bergaul dengan individu yang baru dipertemukan!
Tidak seperti agen mencari cinta lain yang hanya merangsang temu janji kasual yang tidak menjanjikan hubungan serius, Datsmith sangat komited untuk menyediakan khidmat yang terbaik bagi semua pelanggannya.
Dalam masa yang sama, Datesmith juga menjalankan perkhidmatan ini dalam dua kategori iaitu secara ‘berbayar’ dan ‘percuma’. Jika anda berminat, sila daftarkan diri anda untuk menjadi ahli Datesmith hari ini. Jika anda mempunyai misi yang lebih teguh iaitu ingin mencari cinta yang kekal abadi dan sesuai untuk dijadikan pasangan sehidup semati, anda boleh melanggan pakej yang ditawarkan mengikut kemampuan dan bajet yang anda ada.
Apa yang membezakan Datesmith dengan servis temu janji yang lain, untuk menemukan pelanggan mereka dengan pasangan yang terbaik, sesi temu duga bersemuka akan diadakan bagi mengetahui identiti, sifat dan personaliti individu yang terlibat secara terperinci.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.mydatesmith.com atau lawat laman Facebook Datesmith Malaysia di www.facebook.com/mydatesmith