Walaupun kita baru berada dalam bulan Julai, rasanya tidak terlalu awal untuk kita menjengah seketika kalendar tahun hadapan dan perkara pertama yang kita tumpukan tentunya tarikh cuti umum (Siapa yang tidak bercuti kan) .
Untuk pengetahuan anda, Malaysia tersenarai sebagai antara negara yang paling banyak cuti di dunia. Berdasarkan laman web Artmatters.info, Malaysia berada pada tangga ketujuh daripada 10 negara yang paling banyak cuti umum mengatasi Korea Selatan, Chile dan Turkey.
Menariknya, cuti umum pada tahun hadapan kebanyakkannya jatuh hari Sabtu, Khamis, Jumaat dan Isnin. Ini bermakna anda bakal mempunyai hujung minggu yang lebih panjang pada tahun hadapan. Kalau dikira terdapat sebanyak 11 hujung minggu yang berpotensi menjadi ” hujung minggu yang panjang” buat anda.
Misalnya cuti sempena Tahun Baru China yang jatuh pada hari Khamis dan Jumaat (19 dan 20 Februari 2015). Jadi langsung anda boleh bercuti lebih lama memandangkan hari Sabtu dan Ahad sememangnya sudah sedia cuti umum. Selain boleh berehat lebih lama, anda juga boleh merancang percutian dan melancong tanpa “membazirkan” jumlah cuti tahunan anda.
Namun, cuti umum bagi setiap negeri adalah berbeza. Misalnya , cuti hujung minggu bagi negeri Kedah, Kelantan , Terengganu dan Johor adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Ambil perhatian juga bahawa tarikh yang disenaraikan ini masih awal, dan mungkin tertakluk kepada perubahan.
[Sumber]