Pernahkah anda merasai pengalaman menaiki kapal terbang dengan suasana rumah? Kini, anda boleh rasai pengalaman berharga ini kerana pesawat KLM boleh menunaikan impian anda.
Selepas mengelilingi dunia 3675 kali, jet bersara yang indah ini telah diubah suai menjadi ruang tamu seperti rumah yang sangat unik. Dengan perpustakaan, bilik bersantai, ruang kanak-kanak dan teater filem, pesawat ini memberi peluang kepada anda menikmati suasana rumah di dalam pesawat. Bukan itu sahaja, tetamu boleh berehat, bermain permainan dan banyak lagi.
Bagaimana anda boleh merasai pengalaman bermalam dalam pesawat ini? Turut serta dalam peraduan AirBnB listing page dan ikuti arahan dan berita daripada mereka.