Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan “Belly Button Challenge”, kali ini terdapat satu lagi cabaran yang dikenali sebagai “Collarbone Challenge”!
Secara umumnya, cabaran ini hampir sama dengan “Belly Button Challenge”, cuma caranya sahaja yang berbeza. Bahkan, cabaran terbaharu ini dikatakan lebih mudah dan ramai yang telah mencubanya, termasuklah kaum lelaki.
“Collarbone Challenge” yang mendapat perhatian ramai ini menunjukkan anda perlu meletakkan seberapa banyak syiling pada tulang selangka (collarbone) anda dalam keadaan berdiri. Semakin banyak syiling yang dapat diletakkan di situ tanpa jatuh, ia menandakan anda memiliki tubuh yang langsing dan seksi. Itu yang diperkatakan oleh mereka yang mencubanya.
Pelik, bukan?