Memang menakjubkan apabila kita melihat arang, salah satu elemen yang paling asas di bumi, boleh menjadi seperti kuasa pembersihan yang kuat! Pada masa lalu, orang Mesir menggunakan sifat penyerapan arang untuk menutup luka yang bernanah, manakala orang-orang Rom pula membuat ubat gigi dengan menggabungkan arang dengan tulang yang dihancurkan, cangkerang tiram dan kulit kayu untuk membersihkan gigi mereka.
Hari ini, ciri-ciri antiseptik arang telah digunakan dalam produk sabun, penjagaan kulit dan kecantikan untuk membantu menyerap minyak dan kotoran di dalam liang. Arang turut menjadi ramuan makanan yang popular. Arang buluh, misalnya, telah menjadi semakin popular sebagai ramuan dalam roti burger!
Di Malaysia, makanan kekal menjadi budaya kegemaran ramai. Walau bagaimanapun, sesetengah makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti Rendang dan Nasi Lemak mempunyai kecenderungan untuk melekat di antara gigi, seterusnya membawa kepada masalah plak gigi dan gusi jika tidak dirawat. Ini boleh menjadi satu faktor mengapa 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia menghadapi masalah gusi[1], menurut mengikut Kajian Kesihatan Oral di Kalangan Orang Dewasa Peringkat Kebangsaan 2010 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mujurlah Colgate memperkenal Colgate Total Charcoal Deep Clean baharu dengan partikel Ultra Micro Charcoal! Ubat gigi ini menembusi jauh ke bahagian mulut yang sukar untuk dicapai bagi memberikan pembersihan yang lebih sempurna di antara gigi[2]. Direka dengan formula Colgate Total yang unik dengan perlindungan anti bakteria 12 jam yang terbukti secara klinikal, Colgate Total Charcoal Deep Clean membantu mengurangkan peningkatan bakteria sehingga 90%[3] bagi pembersihan yang jauh lebih sempurna[2]!
Ubat Gigi Colgate Total Charcoal Deep Clean boleh didapati di semua peruncit dan kedai farmasi terkemuka di seluruh negara pada harga jualan runcit yang disyorkan iaitu RM 10.60 bagi ubat gigi 150gm, dan RM18.90 bagi pek berkembar 150g.
Untuk maklumat lanjut tentang Ubat Gigi Colgate Total Charcoal Deep Clean, sila layari http://www.colgate.com.my/.
Sempena dengan pelancaran Colgate Total Charcoal Deep Clean yang baru, pelbagai acara hiburan berunsurkan pendidikan menarik akan diadakan di Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid mulai 5 Mac hingga 8 Mac 2015.
[1]Berasaskan Kajian Kesihatan Oral di Kalangan Orang Dewasa Peringkat Kebangsaan 2010, Kementerian Kesihatan Malaysia
[2]Berbanding Ubat Gigi Fluoride Biasa dalam Kajian Klinikal selama 6 bulan
[3]Berbanding Ubat Gigi Fluoride Biasa 12 jam selepas memberus