Coach, yang merupakan label mewah terkemuka dari New York dengan bangga mengumumkan pembukaan kedai konsep baru di Malaysia, yang terletak di tingkat bawah pusat beli belah Suria KLCC.
Direka oleh Kumpulan Arkitek Coach, ruang niaga 1,600 kaki persegi itu menampilkan konsep yang warma dan mesra pelanggan, sesuai dengan jenamanya dari New York. Seluruh ruang adalah campuran kabinet yang reka khas dari ebonized ash, blackened steel, antique bronze dan mahogany trim. Menjadikan dekorasinya sangat indah, elegan dan sofistikated.
Pelbagai pilihan produk-produk wanita yang ditawarkan termasuk beg tangan, barangan kulit kecil, pakaian luar, kasut, barang kemas, jam tangan, dan cermin mata hitam. Ruang lelaki akan merangkumi pelbagai pilihan produk yang penuh termasuk beg, barangan kulit kecil, kasut dan pakaian luar.
Highlight untuk pembukaan semula Coach adalah kehadiran rapper sensasi, Jay Park, Mr. Ian Bickley – President of Coach International Group, Mr. Andrew Stanleick – President of Coach SEA & Oceania dan Mr. Andrew Brien – Executive Director & CEO of Suria KLCC.
Coach Suria KLCC terletak di Lot G01A – G01C, Ground Floor Kuala Lumpur City Centre dibuka setiap hari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Pelanggan boleh menghubungi 03.2300.1300 untuk sebarang pertanyaan.