Anjing ini telah ditinggalkan di tepi jalan oleh pemiliknya. Menurut penduduk di kawasan itu, sebenarnya anjing itu telah dibuang dan dibiarkan di tepi jalan di Phuket, Thailand. Walau bagaimanapun, anjing yang sangat taat itu berdiri dan terus menunggu tuannya datang di tempat yang sama selama hampir 2 bulan. Orang ramai cuma mengambil anjing tersebut untuk diletakkan di tempat yang selamat, tetapi anjing tersebut enggan membiarkan sesiapa menyentuh badannya.
Lebih mengharukan apabila anjing tersebut enggan berteduh di bawah payung yang diletakkan oleh orang ramai kerana takut tuannya tidak nampak kehadirannya di situ. Begitu taat seekor anjing kepada tuannya! Teringat cerita Hachiko…