Cinta mampu mengubah segalanya, inilah yang terjadi kepada seorang wanita bernama Nina McArthur. Dahulu, beliau digelar dengan panggilan ‘si tengkorak berjalan’ akibat anorexia yang dialaminya. Namun, seorang lelaki yang telah membuatnya jatuh cinta ternyata mampu menyelamatkan hidup wanita berkenaan.
Nina adalah seorang pegawai bank yang mengalami tekanan di tempat kerja. Usianya 23 tahun, namun wajahnya tampak seperti wanita berusia 40 tahun. Akibat tekanan kerja yang besar, Nina mengalami gangguan makan sehingga mengalami anorexia. Berat badannya turun dengan mendadak sehingga 31kg menurut laporan dailymail.co.uk. Yang menyedihkan juga, akibat berat badan yang terlalu kurang itu, Nina tidak mengalami menstruasi selama bertahun-tahun. Tubuhnya juga tidak menghasilkan haba, sehingga beliau perlu minum minuman panas setiap masa.
Seorang lelaki, Martin Nash yang merupakan jiran Nina sendiri telah jatuh cinta dengannya. Martin kemudian perlahan-lahan membantu Nina agar beliau mampu untuk makan seperti biasa semula, selain kerap menemani Nina berjumpa dengan doktor, sehinggalah Nina mula terdorong untuk berusaha agar dirinya sembuh.
Sekarang, Nina sudah boleh menikmati apa sahaja makanan yang beliau suka. Menstruasinya juga kembali normal dan boleh melakukan pelbagai aktiviti tanpa sebarang masalah. Suatu keajaiban baginya, kerana ada seorang lelaki yang boleh menerima dan mencintainya dalam keadaan dirinya yang tidak berapa baik.
Sememangnya, kadang-kadang terapi yang terbaik untuk sesuatu penyakit bukan hanya bergantung kepada ubat-ubatan, tetapi melalui sokongan daripada mereka yang tersayang.
Sumber: Vemale.com