Dirinya mungkin lebih baik dikaitkan dengan personaliti seorang pelakon yang tenang, tetapi lihat sahajalah rakaman imej Chloë Grace Moretz’s yang kini menjadi muka baru untuk jenama fesyen terulung COACH. Ternyata sungguh berkaliber, dalam bidang peragaan pun, dia masih berjaya menonjolkan sifat tenang dirinya.
Bintang filem The Little Mermaid terbitan Universal Pictures yang bakal ditayang tahun hadapan itu meminjamkan gaya estatiknya untuk kempen Musim Bunga COACH 2016.
Kesemua pengayaan tata rias dilakukan oleh Karl Temper bersama jurugambar Mikael Jansson di mana, pengambaran untuk kempen berkenaan telah dilakukan di Caumsett State Park di Huntington, New York.
Imej utama yang dirakam khas untuk kempen Musim Bunga COACH 2016 ini memaparkan gadis 18 tahun itu gemalai menggayakan dress motif bunga-bungaan, kot kulit dan beg tangan berstruktur yang terdiri daripada campuran pelbagai warna seperti Mercer Satchel dan Swagger 27 Carryall.
Chloë Grace Moretz’s adalah nama yang begitu sinonim dalam kalangan peminat COACH kerana pernah juga muncul sebagai muka untuk kempen Musim Bunga COACH 2015 yang lalu dan kemudiannya, pernah duduk di barisan hadapan pada acara gemilang New York Fashion Week penghujung September lepas.
Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi aksesori beg tangan Musim Bunga COACH 2016, sila layari malaysia.coach.com