Anda pengguna tegar telefon bimbit, telefon pintar? Langsung tidak boleh berenggang malah apabila berjalan juga tidak boleh berhenti dari melihat telefon? Jadi, anda sesuai duduk menetap di sini. Terdapat sebuah bandar di China iaitu Chogqing telah dibina satu jalan khusus untuk mereka yang pengguna tegar telefon pintar.
Laluan sepanjang 100 kaki telah dibina oleh pihak berkuasa bagi mereka yang tidak boleh berpisah dengan telefon pintar. Laluan itu dibina khas dengan perkataan telefon bimbit ditulis di atasnya. Ia merupakan langkah yang diambil oleh negara China bagi mengatasi masalah penduduknya yang ketagihan dengan telefon masing-masing. Bukan itu sahaja, laluan sepanjang bahagian jalan di Yangen Street dibina bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan penjalan kaki yang ketagih menggunkan telefon pintar. Difahamkan idea tersebut ditiru daripada projek yang dilaksanakan dalam program National Geographic awal tahun ini.
Walaubaimanapun, laluan untuk pengguna telefon pintar ini telah mendapat kritikan dan cemuhan oleh penduduk yang menyifatkan bahawa pembinaan laluan tersebut menggalakkan tabiat buruk dan mungkin menyebabkan lebih banyak kemalangan.
Pihak berkuasa di China memaklumkan, langkah itu secara tersirat mengingatkan pejalan kaki bahawa jangan bermain-main dengan telefon bimbit ketika berjalan.