Chemboja, satu-satunya jenama dari Malaysia yang memperagakan koleksi jubah dan wanita mereka di pertunjukan fesyen antarabangsa “Dare to Dream”, di Village Hotel Katong, Singapura. “Dare to Dream” merupakan tema untuk pertunjukan fesyen yang mengetengahkan konsep keserdehanaan dalam berfesyen.
Chemboja menampilkan 3 koleksi iaitu koleksi jubah dari Amin Idris, Hariss Aliff by Chemboja, dan satu koleksi daripada koleksi wanita Ready to Wear. Pentas peragaan ini diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Singapura, dan ia terkenal kerana baru-baru ini Victoria Beckham telah memperkenalkan koleksi terbaharu beliau di hotel yang sama.
Koleksi jubah dari Amin Idris, merupakan satu koleksi yang menitikberatkan seni kontemporari dan keserdehanaan, dengan elemen keselesaan dari pilihan fabrik dalam koleksi jubah tersebut. Potongan jubah ini lebih kepada mengikut bentuk badan, namun tidak terlalu ketat mahupun terlalu longgar.
Harris Aliff by Chemboja adalah satu koleksi dimana pilihan fabriknya menjadi pilihan ramai pereka antarabangsa seperi Burberry London. Ia adalah satu koleksi yang menampilkan keselesaan tanpa memandang enteng untuk kelihatan bergaya. Dengan padanan seluar vigro dan rekaan t-shirt yang bersahaja, ia mampu memberi kelainan untuk hari lebaran nanti.
Koleksi wanita Ready to Wear pula satu koleksi yang menggalakkan konsep bersederhana dan longgar untuk memenuhi citarasa fesyen semua hijabista di luar sana.
Raja Nur Shahzam selaku pengurus jenama itu berkata:
“Ia merupakan satu penghargaan untuk Chemboja dijemput dan membawa jenama ini ke peringkat antarabangsa, sekaligus membawa nama Malaysia ke luar negara. Kami berharap dengan peluang yang diberi oleh Chemboja ini, mampu membuka peluang untuk jenama-jenama lain di Malaysia untuk memperagakan hasil rekaan mereka.”
Pertunjukan fesyen tersebut dianjurkan oleh M & Z Empowerment Institute dengan koloborasi Wayan Retreat Wellness Spa dan MODENA Events by Aly Rizq. Pengajur akan menderma sebahagian daripada keuntungan ke Harun Ghani Education Fund — merupakan satu badan yang membantu pelajaran anak-anak yang ibu bapa mereka menjalani hukuman di penjara.
Info lanjut: http://www.chemboja.com