Bersedialah untuk packing barangan anda kerana Cathay Pacific Airways kini menawarkan tawaran hebat untuk destinasi hebat di serata dunia.
Sama ada anda merancang untuk melawat ke salah satu pantai tercantik di dunia, tempat bersejarah yang kaya buday dan warisan, kawasan luar bandar yang menakjubkan atau bandar metropolis yang sibuk, Cathay Pacific menawarkan penerbangan ke lebih 50 destinasi di seluruh dunia seperti Hong Kong, China, Taiwan, Korea, Jepun, Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah.
Sempena MATTA Fair, Cathay Pacific akan menawarkan tawaran nilai terbaik bagi mereka ingin membuat perjalanan meneroka dunia. Tawaran pelancongan ini boleh dibeli dari 1 hingga 12 September 2015. Tempoh perjalanan adalah pada bulan September dan cuti penggal persekolahan akhir tahun. Malah, tambang promosi tiket penerbangan pergi balik untuk Premium Economy dan Business Class juga disediakan.
Bukan itu sahaja, Cathay Pacific juga menawarkan pelancong peluang untuk melawat Hong Kong dengan hadiah eksklusif daripada pembelian penerbangan yang dibuat di MATTA Fair dari 4 hingga 6 September, hanya di Hong Kong sahaja.
Untuk melihat lebih banyak tawaran hebat, pergi ke MATTA Fair 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 4 hingga 6 September 2015 atau layari laman www.cathaypacific.co.my dari 1 hingga 12 September 2015 untuk menempah tiket penerbangan anda!