Kehadiran bakteria berbahaya di sekeliling kita adalah membimbangkan, terutamanya untuk kanak-kanak kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhan yang sihat. Mendidik anak-anak mengenai kebersihan yang baik adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyebaran jangkitan dan penyakit. Mengajar dan mengingatkan anak-anak kita tentang prinsip kebersihan yang betul boleh membantu menjaga kesihatan mereka.
Dalam amalan kebersihan diri, kerap mencuci tangan adalah yang paling penting untuk kanak-kanak. Kanak-kanak sekolah akan menghabiskan banyak masa di luar rumah dan jauh daripada pengawasan ibu bapa. Mereka mempunyai banyak aktiviti dan berinteraksi dengan begitu ramai orang dan persekitaran. Tindakan itu mendedahkan mereka kepada bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit.
Ibu bapa selalu bimbang sama ada anak-anak mereka mencuci dengan betul dan sama ada produk pembersihan yang digunakan benar-benar berkesan dalam menghapuskan bakteria berbahaya. Ini adalah di mana penyelesaian yang diberikan oleh CARRIE, jenama penjagaan peribadi kanak-kanak terkemuka.
CARRIE BAC BUSTER merupakan rangkaian pertama Antibacterial Super Bodywash dan Antibacterial Super Handwash yang dirumus khas untuk kanak-kanak, kini dilancarkan ke dalam pasaran di Malaysia.
Rangkaian produk CARRIE BAC BUSTER mampu menghapuskan 99.9% bakteria berbahaya. Alcohol free, soap free and paraben free, CARRIE BAC BUSTER secara klinikal terbukti selamat dan lembut pada kulit kanak-kanak. Ia juga mengandungi pelembap berasaskan tumbuhan yang membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit disamping memastikan anak-anak sentiasa dilindungi dari bakteria yang berbahaya.
CARRIE BAC BUSTER Antibacterial Super Bodywash dan Antibacterial Super Handwash dipek dalam botol yang menyerupai kapal angkasa superhero dan space-gun. Ia boleh didapati dalam varian buah Blasting Blueberry dan Smashing Strawberry. CARRIE BAC BUSTER Antibacterial Super Bodywash dijual pada harga RM4.45 WM / RM4.65 EM untuk 90gm, RM10.20 WM / RM10.70 EM untuk 280gm dan RM22.55 WM / RM23.70 EM untuk 700gm.
CARRIE BAC BUSTER Antibacterial Super Handwash pula dijual pada harga RM8.15 WM / RM8.55 EM untuk sebotol 250gm. Harga yang dinyatakan termasuk 6% GST dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi terkemuka dan kedai runcit lain yang berdekatan dengan anda.