Bila menyebut tentang MILO, penulis sendiri berasa teruja. Mana tidaknya, MILO merupakan minuman kegemaran penulis sejak kecil lagi, dan penulis juga yakin, ia juga menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia. Jika dahulu sewaktu kecil, pasti semua terkejar-kejar van MILO di sekolah, semata-mata untuk menikmati minuman MILO yang pekat dengan rasa coklat, sedap!
Selain boleh dijadikan sebagai minuman panas mahupun sejuk, MILO juga boleh dinikmati dengan pelbagai cara yang unik seperti di bawah:
#1 Campurkan MILO bersama susu segar yang sejuk, selain campuran air dan susu pekat yang biasa kita lakukan.
#2 Bar MILO 3-in-1 boleh dihasilkan menggunakan iron.
#3 Agar-agar MILO.
#4 Minuman MILO Dinosaur!
#5 Aiskrim MILO, iaitu campuran aiskrim berperisa vanilla bersama MILO.
#6 MILO dimakan bersama roti dan susu pekat.
#7 Kuah maggi kari digaulkan dengan sedikit MILO.
#8 Kek MILO dengan serbuk MILO yang kaya, melimpah ruah.
#9 Poached eggs bersama MILO.
#10 Makan terus dari tin MILO! (shhhhhh. mak-mak mesti marah :p)