Festival seram terbesar dan paling menakutkan di Malaysia kini kembali untuk kali kedua, Oktober ini, cabar diri anda dan alamilah Nights of Fright 2 di Sunway Lagoon untuk pengalaman seram yang tidak akan anda lupakan seumur hidup anda !
Menariknya, kali ini pengunjung berpeluang menikmati pelbagai pengalaman menakutkan yang berbeza dalam satu taman tema antaranya Dead End- The Abandoned Theme Park, Escape from Pudu, Carnival of Freaks, Fun Fear, Cursed Cove , All Hallows Cemetery, Shanghai Street dan juga Lynton V. Harris’ Scream Park yang menampilkan Rumah Hantu , Pontianak Theatre of Fear , Zombie Apocalypse dan Hororwood Studios !
Penulis berpeluang merasai sendiri pengalaman ini malam semalam di majlis pelancaran dan komen penulis, memang seram dan menakutkan! Nasihat penulis, siapkan fizikal dan mental anda sepenuhnya sebelum datang kerana apabila setiap spot akan menaikkan adrenalin di tahap maksimum . Yang pasti anda akan dihantui ketakutan sepanjang berada di situ . Memang nak tergugur jantung dan anda akan kena sentiasa bersedia kerana terdapat pelbagai jenis ‘bangsa’ hantu berkeliaran di setiap kawasan .Anda tidak akan tahu bila ‘dia’ akan muncul duduk di sebelah atau belakang anda. Pada yang berani, anda juga boleh bergambar dengan mereka. Secara peribadi, penulis syorkan wajib masuk Lynton V. Harris’ Scream Park, Escape from Pudu dan Cleopatra.
Tiket boleh didapati pada harga RM 48 seorang dan anda boleh menikmati kesemua permainan dan tarikan yang terdapat di seluruh Amusement Park. Pengunjung yang telah datang berhibur pada siang hari pula boleh meneruskan keseronokan pada waktu malam pada hari yang sama di Nights of Fright 2 dengan harga RM 30 sahaja. Nights of Fright 2 hanya terbuka untuk mereka yang berusia 12 tahun ke atas . Pengunjung yang datang dengan kostum seram tidak dibenarkan memakai topeng atau solekan teater (theatrical makeup) semasa menyertai acara ini.
Night of Frights 2: Festival of Fear @ Sunway Lagoon akan bermula pada 17, 18, 24, 25, 31 Oktober dan 1 November 2014 pada jam 7.30 malam sehingga 10.30 malam. Pada malam Halloween pula ( 31 Oktober 2014) , masa akan dilanjutkan sehingga jam 11.30 malam.
Kami dah alaminya dan kami cabar anda untuk alaminya sendiri !