Burger ban arang yang dimana bannya berwarna hitam rasanya bukanlah satu menu baru di Malaysia. Banyak restoran yang menyajikan hidangan burger seperti ini. Restoran Burger King juga pernah menawarkan Burger Ban Hitam untuk masa terhad sehingga April lalu. Tapi, menu terbaru di Burger King Jepun ini nampaknya lebih ekstrem.
Burger King Black Burger ini bukan sahaja disajikan dalam ban arang hitam tetapi turut disajikan dengan keju dan sos hitam , menjadikan burger ini sangat unik. Sekali lihat memang nampak macam burger hangus, tapi tentu sekali bukan, sebaliknya ia digelapkan dengan arang buluh (bamboo-charcoal). Burger daging lembu, ini juga mengandungi sos lada hitam berserta bawang dan juga sos bawang putih yang dicampurkan dengan dakwat sotong.
Membayangkannya rasa terliur. Mesti sedap. Sayangnya menu ini hanya terdapat di Jepun. Jadi, boleh tengok sajalah.
[ sumber ]