Negara Arab Saudi yang dikenali sebagai negara gurun padang pasir yang tandus semalam telah diliputi salji, di sebahagian besar wilayah Al-Aqlan di Tabuk.
Kejadian itu dipercayai berlaku ekoran tempias cuaca sejuk yang kini sedang melanda Turki, Jordan, wilayah Palestin dan juga Lubnan.
Menurut laporan agensi berita antarabangsa Associated Press (AP) melaporkan bahawa jurucakap media bagi Jabatan Pertahanan Awam Tabuk, Kolonel Mamdouh Al-Enzi berkata, pihaknya sedang membuat persiapan menghadapi kemungkinan cuaca buruk. Katanya, penduduk di daerah berkenaan dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu dan menjauhi kawasan lembah dan berbahaya.
Salji dijangka meliputi beberapa kawasan di utara Arab Saudi minggu ini termasuk di Al-Jouf, Rafah dan Tareef. Sebelum ini, Arab Saudi turut dilapor menerima salji pada awal Januari lalu. – The Rakyat Post