Lembah Cardrona di New Zealand adalah salah satu tempat tarikan pelancong yang cukup unik. Mana tidaknya, terdapat pagar dengan ratusan bra tergantung sejak tahun 1999!
Pagar bra ini dipercayai mula wujud pada tahun 1999 dengan empat pasang bra. Bilangannya semakin meningkat dari tahun ke tahun, sehingga mencecah 800 bra menjelang tahun 2006. Jumlah bra yang tergantung di situ meningkat dan menurun kerana ada individu yang tidak diketahui identitinya akan memotong bra yang digantung.
Kini, pagar bra ini menjadi tempat tarikan pelancong dan merupakan tempat untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara. Sekiranya anda berkesempatan untuk ke New Zealand, singgahlah di Bradrona!
Sumber: Facebook Brafence & Blog Serius